JDT: BEKAS BINTANG AC MILAN, SAMU CASTILLEJO KINI BERSAMA HARIMAU SELATAN
- Editor
- Feb 27
- 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) terus 'bernafsu besar' apabila menyambar bekas bintang LaLiga dan Serie A, Samu Castillejo.
Bekas pemain Malaga, Villarreal, AC Milan dan Valencia itu diperkenalkan menerusi hantaran video di Faecebook Johor Southern Tigers yang menyaksikan pemain berusia 30 tahun tiba di Stadium Sultan Ibrahim dan menyarung jersi skuad Harimau Selatan.
"Dengan lebih 300 perlawanan untuk kelab LaLiga dan Serie A, Samu Castillejo kini adalah Harimau Selatan," demikian kapsyen tertera di video berkenaan.
Untuk rekod, Castillejo adalah pemain import kelima terbaru JDT bagi memperkuat jentera serangan dalam usaha untuk mereka untuk terus menyerlah di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Sebelum ini JDT sudah menyambar Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera, Roque Mesa dan Anselmo Moraes yang juga pemain berprofil tinggi.
Fokus JDT kini tertumpu kepada perlawanan pusingan 16 terbaik ACLE apabila dijadualkan bertemu kelab Thailand, Buriram United di laman lawan pada 4 Mac ini. Sumber Artikel Harian Metro
Comments