top of page

JDT: DIKAITKAN BAKAL BERTEMU MANCHESTER UNITED DI SSI

  • Writer: Editor
    Editor
  • Feb 27
  • 1 min read

Ada kemungkinan untuk juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), bertemu pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, pertengahan tahun ini.


The Red Devils dilaporkan akan mengadakan jelajah pascamusim di Asia dan antara lokasi yang digembar-gemburkan ialah Malaysia dan Hong Kong.


Media sukan United Kingdom, Stretford Paddock, dalam satu ciapan X malam tadi memaklumkan bahawa United akan mengadakan dua perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong sebaik tamat saingan EPL pada Mei depan.



Lebih menarik, laman dari UK itu turut memuat naik sekeping foto Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di dalam hantaran tersebut sekaligus memberi petanda bahawa Manchester United akan beraksi di sana.


“Terkini, Manchester United dijadualkan untuk bermain dua perlawanan di Malaysia dan Hong Kong sebaik sahaja tamat Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei,” lapor Stretford Paddock.


Sehingga kini, pengumuman rasmi mengenai jelajah pra-musim ini masih belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak secara rasmi baik Manchester United mahupun JDT.


Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page