top of page

JDT DOMINASI AKSI LIGA SUPER 2022 DENGAN REKOD TANPA KALAH!!

  • Writer: Saluddin Ismail
    Saluddin Ismail
  • Oct 16, 2022
  • 1 min read


JDT DOMINASI AKSI LIGA SUPER 2022 DENGAN REKOD TANPA KALAH!!

Harimau Selatan tampil garang dihadapan 34’028 penyokong setia mereka di Stadium Sultan Ibrahim dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang aksi Liga Super 2022.

Anak buah Hector Bidoglio mempamerkan aksi bertenaga sejak awal permainan dengan menewaskan Sang Badak dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Bergson Da Silva memukau sebilangan besar penyokong yang hadir dengan aksi berkelas dunia beliau. Pada minit ke-17, Bergson mudah menyempurnakan hantaran lintang Ariff Aiman sebelum melakukan satu Bicyle Kick pada minit ke-55.

Ariff Aiman tidak ketinggalan meletakkan nama sebagai penjaring bagi perlawanan terakhir ini dengan melakukan satu tendangan yang memukau ketika mengambil sepakan percuma pada minit ke-39.

Anak buah Ong Kim Swee nyata tidak mampu untuk memberikan saingan pada perlawanan malam ini bagi memberikan laluan buat Juara Liga Super 2022 keluar sebagai pemenang dengan tiga gol.

Sejurus selepas perlawanan tamat, satu sambutan rekod kejuaraan luar biasa Liga Super Malaysia kesembilan — 'A Triple Hattrick' — telah diadakan di hadapan seluruh penyokong.

(Photo by Saluddin Ismail/TPS)

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page