Pemain kelahiran Sepanyol ini telah diperkenalkan oleh Harimau Selatan pada August 2024 sejurus “Jendela Perpindahan” kedua dibuka oleh MFL.
Memilih mewakili Azerbaijan sejak 2015, Eddy boleh bermain di dua posisi berbeza, sama ada di “Defensive Midfielder” ataupun “Centre Back”.
Beliau menjadi pilihan utama Jurulatih, Hector Bidoglio untuk kempen Asia Champion League 2024-2025 ini dan mendapat tempat untuk kesemua 4 perlawanan setakat ini.
Ketinggian 1.91 meter yang beliau miliki nyata memberikan kelebihan untuknya membantu pasukan Harimau Selatan terutama di dalam perebutan bola tinggi di dalam situasi gerakan bola mati samada dalam serangan ataupun bertahan.
Bermain keseluruhan 360 minit dalam 4 penampilan ACLE setakat ini dan menjadi tonggak penting ketika JDT menang bergaya ke atas Ulsan HD dengan jaringan 3-0.
Eddy menjadi nadi kestabilan dan ketenangan kepada Harimau Selatan di bahagian pertahanan di saat rakan lain seperti Oscar Arribas, Bergson Da Silva dan juga Arif Aiman menjadi senjata pemusnah buat JDT.
Eddy Israfilov bermain cemerlang ketika pertemuan dengan wakil Korea Selatan itu apabila 100% memenangi perebutan bola diatas padang dan mematahkan serangan dari pihak lawan serta melakukan hampir 90% ketepatan hantaran bagi membolehkan beliau tersenarai di dalam kesebelasan “Team Of The Round” Asia Champion League 24/25 bagi perlawanan ke empat tempohari.
Nama Eddy Israfilov sebaris dengan nama besar lain seperti Roberto Firmino, Riyad Mahrez, Joao Cancelo dan juga Aleksandar Mitrovic.
Comments