top of page
  • Writer's pictureEditor

JDT: ENZO LOMBARDO SEDIA BERAKSI, GANTI POSISI JALIL ELIAS


Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Enzo Lombardo sebagai pemain terbaru mereka hari ini.


Selepas mengumumkan kehadiran pemain yang berasal dari Republik Korea, Park Jun-heong, semalam, kini giliran Enzo Lombardo diperkenalkan juara Liga Super itu.


JDT mengumumkan pemain tengah, Enzo Lombardo sebagai senjata import baharu Harimau Selatan.



Menerusi video yang dimuat naik di laman X JOHOR Southern Tigers, bekas pemain Real Mallorca berusia 27 tahun itu akan memakai jersi nombor 7 bagi menggantikan Jalil Elias.


Tonggak berusia 27 tahun itu diumumkan sebaga pemain baharu dalam satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers.



Beliau merupakan pemain berpengalaman di Sepanyol apabila beraksi bersama beberapa kelab terkemuka di sana.


Kelab terakhir beliau ialah SD Huesca di La Liga 2 selain pernah membarisi skuad utama RCD Mallorca dan juga Racing Santander.


Pemain kelahiran Décines-Charpieu boleh beraksi pada beberapa posisi serangan seperti pemain sayap dan juga penyerang utama.


Enzo Lombardo kini memiliki nilai pasaran sekitar 400,000 USD (RM1.86 Juta) dan bakal menjadi antara pemain termahal JDT.

15 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page