Jersi baharu yang dilancarkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat perhatian apabila mirip seperti jersi yang disarung oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
Pemenang gelaran 'quadruple' musim lalu, JDT memuat naik video baru di laman sosial bagi memperkenalkan jersi baharu untuk penjaga gol pasukan mengharungi musim 2024/2025.
Dan apa yang menarik perhatian, jersi yang diperkenalkan juara Liga Juara Super itu merupakan jersi yang diguna pakai oleh pasukan Liverpool.
JDT bakal memulakan kempen musim baru dengan mempertahankan Piala Sumbangsih 2024 bertemu naib juara liga Super Malaysia musim lalu, Selangor FC, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada 10 Mei ini.
Comments