top of page
Writer's pictureEditor

JDT: LANCAR JERSI KETIGA CUKUP UNIK MUSIM 2024/25


Facebook: Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.


Dalam sebuah rakaman yang dikeluarkan di laman sosial kelab itu , jersi ketiga berkenaan antaranya menampilkan penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, Arif Aiman Hanafi, Nazmi Faiz Mansor dan tonggak baru, Jalil Elias.


Jersi yang dihasilkan Nike ini sedikit berbeza dengan menggunakan warna hijau neon sebagai warna utama jersi berkenaan.


Ini dilihat dapat membezakan dengan jersi away Harimau Selatan musim 2023 yang menggunakan warna putih sebagai warna utama.



Pelancaran jersi ini turut menampilkan empat pemain JDT iaitu Arif Aiman Hanapi, Nazmi Faiz Mansor, Romel Morales dan Jalil Elias.Kelibat Arif, Nazmi, Morales dan Elias kelihatan segak apabila memakai jersi ketiga baru Harimau Selatan untuk musim 2024/25.


Jersi ini kini boleh didapati di JDT Direct Megastore, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan harga RM189.


Dengan Harimau Selatan kembali lagi ke pentas Asia menerusi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim 2024/25, ini memperlihatkan cita-cita pasukan itu untuk terus cemerlang dalam setiap pertandingan termasuk ACLE.


58 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page