top of page

JDT: LUIS GARCIA DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU JDT

  • Writer: Editor
    Editor
  • Mar 22
  • 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh struktur pengurusannya dengan pelantikan Luis Garcia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu kelab berkuat kuasa 1 April 2025.


Pelantikan ini adalah sebahagian daripada usaha penstrukturan semula kelab bagi memaksimumkan kepakaran dan kecekapan pengurusan dalam memastikan JDT kekal sebagai kuasa dominan bola sepak Malaysia dan Asia.


Luis Garcia, yang merupakan bekas pemain kelab gergasi seperti Barcelona, Liverpool dan Atletico Madrid, membawa pengalaman luas dalam bola sepak peringkat tertinggi.



Beliau bukan sahaja pemenang Liga Juara-Juara UEFA, tetapi juga memegang Lesen Pro UEFA serta Sarjana Eksekutif UEFA untuk Pemain Antarabangsa.


Selain itu, beliau juga aktif sebagai duta FIFA, UEFA, dan LaLiga.


Dalam perubahan lain dalam struktur pengurusan, Alistair Edwards kini menggalas dua peranan penting sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) serta Pengarah Teknikal kelab.


Beliau sebelum ini telah memainkan peranan besar dalam pembangunan belia dan kejayaan Akademi JDT semasa memegang jawatan Pengarah Teknikal dari 2017 hingga 2022.


Pelantikan dan perubahan ini mencerminkan komitmen JDT untuk terus berkembang sebagai sebuah kelab profesional yang bertaraf antarabangsa.


Dengan kepimpinan baharu dan struktur yang diperkukuh, Harimau Selatan bersedia untuk terus mendominasi arena bola sepak.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page