top of page
Writer's pictureEditor

JDT: PENJAGA GOL BERTOPENG JADI TANDA TANYA PENYOKONG


Facebook: Johor Southern Tigers

Identiti penjaga gol baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan masih tidak menemui jawapan menjelang sepak mula saingan Liga Super musim 2024/25.


Skuad kendalian Hector Bidoglio rancak membina skuad bagi musim baharu selepas beberapa kemasukan besar seperti Chico Geraldes, Murilo Henrique, Nicolao Dimitru dan pemain tempatan seperti Romel Morales.


JDT sudah pasti mahu menambah baik pencapain musim lalu sungguhpun berjaya mengekalkan kejuaraan domestik yang dimenangi dua tahun berturut-turut.


Tumpuan bagaimanapun terarah kepada pengumuman jersi penjaga gol JDT yang dilancarkan bagi saingan musim ini.


Kelibat seorang penjaga gol yang memakai topeng jelas menjadi bualan peminat yang berteka-teki tentang pemain tersebut.


Ketika ini, skuad Harimau Selatan memiliki dua penjaga gol berprofil tinggi iaitu Ahmad Syihan Hazmi dan juga Farizal Marlias dengan dua penjaga gol lain iaitu Haziq Nadzli dan Izham Tarmizi telah dilepaskan ke kelab lain.


JDT menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards menberitahu Harimau Selatan ketika ini dalam perbincangan untuk menandatangani penjaga gol baharu.


“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol,” katanya dalam kenyataan di media rasmi JDT.


Kehadiran penjaga gol ini sudah pasti memberi nilai tambah kepada perjuangan pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024.


JDT ketika ini sudah memiliki 9 orang pemain import namun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan setiap pasukan yang beraksi di Asia untuk mendaftarkan 10 orang pemain import.


134 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page