top of page
Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

JDT : Realisasi Misi ‘Sedekad’ Juara Liga Super


Misi Kali Ke Sepuluh Liga Super.

Dominasi dari awal musim dengan mengumpul 18 mata dalam enam perlawanan tanpa kalah dan berada lima mata di hadapan dengan meninggalkan tiga pencabar utama JDT iaitu Kedah Darul Aman FC, Sabah dan Selangor FC seakan petanda misi perjalanan ‘SEDEKAD” Juara Liga Super bakal menjadi realiti sekali lagi.


Seakan makan besar dalam setiap perlawanan, ianya menjadikan pasukan Harimau Selatan sebagai topik utama perbincangan hangat para peminat bola sepak Malaysia yang mengaitkan dengan pelbagai cerita andaian tanpa fakta .


Sokongan Padu Penyokong Tanpa Lelah.



Bagi Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, ini takkan berlaku tanpa sokongan padu para penyokong. Segenap ruang Stadium Sultan Ibrahim akan sentiasa dipenuhi oleh penyokong setia. Sorakan Boys Of Straits sentiasa bergema tanpa henti meskipun di arena lawan. Walau terkait dengan isu kononnya tidak patriotik baru-baru ini ketika Harimau Malaya yang berumah sementara di Iskandar Puteri, segala caci maki yang menggunung tinggi di lemparkan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi lebam di hati penyokong JDT. Ada saja penyokong JDT yang patriotik datang menyokong tapi cuma jumlahnya tidak seramai selalu kerana mungkin beberapa faktor peribadi di awal ramadan.


Benam Lawan Dengan Penuh Nafsu.


Rekod jaringan yang tinggi menjadi satu kebanggaan buat Harimau Selatan. Satu persatu lawan tewas dengan penuh tersiksa. Sang Penyu menjadi mangsa pertama sebelum “Budak Bandar” tewas 3 jaringan tanpa balas di gelanggang sendiri.


Si Rusa dan Pahlawan Merah juga tewas dengan angka jaringan yang amat besar sebelum “Gergasi Merah” tersembam menangis dengan 4 gigitan Sang Harimau Selatan yang terlalu rakus membaham tanpa rasa simpati.


Tidak cukup dengan itu, Sang Badak yang datang bertandang dengan rekod cemerlang. Juga terpaksa pulang hampa tanpa membawa sebarang cenderamata.


JDT Ada Bomoh Sakti.


Dua tonggak utama terpaksa dipulangkan ketika masih dalam tugasan antarabangsa. Arif Aiman dilaporkan cedera ketika masih dalam latihan manakala Endrick Dos Santos pula cedera buku lali pada babak pertama menentang Turkmenistan.


Namun secara kebetulan atau ada “Magis” dari pakar perubatan, mereka berdua sempat sembuh. Sedia untuk diturunkan pada kesebelasan utama


Fasiliti kesihatan serta kelengkapan serba canggih yang dimiliki JDT telah membuatkan Tano Solari berasa teruja sehingga beliau merakamkan pujian dan penghargaan.



Skuad Terlengkap Dengan Support Team Terbaik.


2023 nyata tidak memberi banyak masalah buat JDT di liga Malaysia. Barisan Pemain Import terbaik nyata memberikan lebih banyak pilihan buat barisan kejurulatihan.


Kehadiran pemain warisan berkualiti juga menjadi banyak kelebihan buat Sang Juara. Beberapa kelibat pemain muda yang semakin matang seperti Arif Aiman, Feroz Baharuddin, Ramadhan Saifullah serta beberapa nama lagi yang sedia untuk menggegar dunia bolasepak negara.


JDT juga telah memperkuatkan barisan pasukan sokongan mereka. Bekas Jurulatih Kecergasan Piala Dunia 2022 Argentina, Rodrigo Barrios direkrut bagi memastikan tahap stamina pemain berada di kelas tersendiri.


Bagi memastikan setiap data pasukan berada di dalam keadaan yang optimum, Pakar Analisis dari Kelab Rayo Vallecano Sepanyol, Matias Garcia dipilih untuk membantu team kejurulatihan.

Bintang Muda Berani Beraksi - Feroz Baharudin.

Ketika ini, JDT jelas menjadi salah satu pasukan yang wajar dicontohi kelab lain kerana tampil lebih mesra untuk memberi peluang bintang-bintang muda menyerlahkan potensi.


Siapa sahaja kenal Feroz Baharudin sebelum ini? Kini pertahanan tersebut boleh dianggap sangat membanggakan kerana tahun 2023 menyaksikan beliau berjaya meraih kesebelasan utama dalam semua perlawanan dihadapi bersama JDT.


Malah, konsistensi dipamerkan Feroz sejak musim lalu berjaya menyaksikan beliau turut dipanggil untuk menyertai skuad senior kebangsaan tahun ini dan mencipta aksi sulung bawah kendalian Kim Pan-gon.


Tampil dengan fizikal yang baik, Feroz juga berjaya menyaingi Shahrul Saad untuk merebut kesebelasan utama untuk bergandingan baik bersama Jordi Amat Maas di posisi pertahanan. Bintang Muda Berani Beraksi - Hong Wan.

Bintang muda berbakat yang kini mendapat tempat dalam kesebelasan utama JDT iaitu Nathaniel Shio Hong Wan.


Hong Wan yang sebelum ini beraksi di England bersama Wolverhampton Wanderers merupakan satu lagi pemain muda yang semakin mendapat tempat di hati penyokong Harimau Selatan.


Ketenangan beliau mengawal tempo permainan di tengah serta matang untuk membuat keputusan menjadikan beliau sebagai pilihan utama pasukan berbanding Natxo Insa atau Nazmi Faiz Mansor.


Sehingga enam perlawanan ini, JDT jelas tidak takut untuk menggunakan pemain muda dalam kesebelasan utama kerana keyakinan mereka sendiri untuk berdepan mana-mana pasukan.


Berdasarkan polisi JDT yang mesra kepada semua pemain berbakat, para penyokong mungkin akan dapat melihat nama-nama baharu seperti Daryl Sham, Najmudin Akmal, Fergus Tierney, Umar Hakeem, Aysar Hadi, dan ramai lagi.


Pemain muda yang diberi ruang ini bukan sahaja sekadar ‘tangkap muat’, tetapi memberi aksi yang cukup berkualiti sehingga sesetengah daripada mereka menenggelamkan nama import.

Haters Semakin Membenci, Nafsu JDT Semakin Berahi.


Baru dua bulan tirai Liga Malaysia disingkap. Suara benci “Si Haters” semakin kuat terdengar.


Rasa benci yang tak pernah reda menjadi semakin kuat. Pelbagai tohmahan dilemparkan dan disensasikan. Api cacian dihidupkan dengan rasa dendam yang tak pernah padam dijadikan content harian, tapi penyokong JDT buat tak peduli apa orang lain nak kata..katalah. Ada yang berkata bangsa 'J' angkuh dan sombong, JDTaik, Jambang, bangsa Jenalti dan banyak lagi istilah sarkastik yang memenuhi ruang komen setiap kali berita berkait cerita tentang kejayaan JDT . Itu semua hiburan buat sesetengah penyokong yang tak mahu ambil endah perkara negatif yang menganggu misi kesepuluh ini.


Seteru Jangan Terus Terlena.


Ternyata belum ada jalan singkat yang menjanjikan kejayaan. Banyak pengorbanan perlu dilalui. Jangan terus biarkan Johor Darul Ta’zim terus bermaharajalela. Misi “Dominasi Satu Dekad” akan mudah mereka hampiri jika masing-masing terus kaku berdiri dan tiada usaha mengubah pasukan sendiri. Wahai seteru JDT!!! Masa sudah lama tiba untuk bangun persiap segala siaga untuk gandakan usaha untuk mengubah susun atur salasilah cerita pasukan anda. Pengurusan lama yang masih kekal bersarang dalam pasukan terkadang menjadi penghalang utama untuk mengubah misi dan perancangan pasukan, mereka semakin kebal dengan 'kabel' politik.


Akhir Ceritera Perihal Bola.


Walau ramai jutawan kini menjadi pemilik mutlak beberapa pasukan, jika tidak pandai mengurus pasukan, tetap akan mundur.


Ingat, duit bukanlah senjata utama boleh 'membeli' kejayaan seperti yang dikatakan, jika tiada ilmu tentang 'Bisnes' dalam bola sepak segala usaha seperti sia-sia. Usah malu berguru dengan yang punya ilmu seperti TMJ, usah cepat sentap walau kadang ada yang 'terasa' pedihnya bila Tunku Ismail membuat jenaka baginda di Insta story. Bermain bungapi setiap tahun bukan lah satu agenda biasa-biasa Tunku Mahkata yang sengaja di ada-adakan sekadar berseronok, tapi ia sebagai memberi petanda kepada dunia bahawa menjadi juara secara konsisten berpanjangan adalah perkara besar terpaling bahagia dalam hidup.


' Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih '

23 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page