top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

Footy Headlines Senaraikan Jersi JDT Antara Terburuk Bulan Februari 2023

Footy Headlines, sebuah portal yang mengulas mengenai jenama dan kit bola sepak di peringkat antarabangsa itu menyenaraikan 20 jersi terburuk diperkenalkan pada bulan lalu.

Jersi utama kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang baru dilancarkan pada 18 Februari lalu tersenarai antara kit pilihan bagi rekaan terburuk pada Februari 2023.


Bagaimanapun, portal tersebut tidak menjelaskan mengenai sebarang kriteria atau garis panduan digunakan bagi pencalonan tersebut.


Jersi ‘Home’ JDT mempunyai corak ‘camouflage’ sambil mengekalkan warna identiti bendera Johor iaitu merah dan biru. Terdapat juga ‘collar’ pada bahagian leher jersi ini.

Bagaimanapun, penulis laman Footy Headlines berpendapat rekaan tersebut merupakan kombinasi yang kurang menarik dan membuka peluang kepada peminat bola sepak dari seluruh dunia untuk mengundi rekaan jersi mana yang paling buruk pada bulan Februari.


Antara jersi pasukan lain yang turut berada dalam senarai 20 jersi terburuk pilihan Footy Headlines ialah jersi skuad kebangsaan wanita Filipina, Toronto FC, ST Louis City, Basel, Atletico Nacional, RB Leipzig, SC International dan juga jersi kelab gegasi Jepun, Urawa Red Diamonds.



9 jersi dalam senarai ini adalah daripada jenama Adidas dan 5 jersi mewakili jenama daripada Nike. Malah, 2 jersi daripada jenama Macron juga disenaraikan bersama jenama yang kurang popular seperti Stanno, Tempo Sport dan Uhlsport.


38 views0 comments

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
bottom of page