top of page
  • Writer's pictureEditor

JDT UMUM PESAING BARU SYIHAN HAZMI, CHRISTIAN ABAD AMAT SEBAGAI 'GOALIE' BAHARU


BENTENG terakhir Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berwajah baharu apabila Harimau Selatan baru sahaja mengumumkan penjaga gol baharu iaitu Christian Abad Amat sebagai rekrut terkini mereka untuk pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).


Kehadiran Christian Abad bagaimanapun memberi kejutan besar kepada penyokong Harimau Selatan susulan sebelum ini JDT dikaitkan akan membawa masuk penjaga gol warisan iaitu Diego Altube.


Penyokong rata-ratanya sudah membayangkan Altube juga akan beraksi untuk skuad kebangsaan juga apabila pemain yang mempunyai darah Malaysia dari ibunya itu difahamkan sudah menyelesaikan proses mendapatkan kerakyatan tanah air.


Walaupun Harimau Selatan tidak menandatangani graduan Akademi Real Madrid berkenaan, Christian Abad masih hadir dengan DNA Sepanyol apabila sebelum ini dia beraksi untuk kelab negara itu, Elche CF.



Christian Abad mungkin bukan pemain yang ditunggu untuk tiba ke kem Harimau Selatan namun penjaga gol itu bakal menjadi pelaburan jangka masa panjang kerana usianya yang muda iaitu baru memasuki 18 tahun.


Dari segi pengalaman beraksi di peringkat kelab, Christian Abad pernah menimba ilmu bersama skuad muda Valencia dan juga CD Alcoyano sebelum pemain itu membawa haluan baharu ke Elche CF.


Manakala, di peringkat remaja pula, Christian Abad menyertai Akademi Valencia pada usia 10 tahun dan kekal menjadi sebahagian daripada kelab hingga usianya mencecah 15 tahun sebelum dipinjamkan ke CD Alcoyano.


Untuk rekod, sepanjang beraksi selama dua musim di skuad muda Elche CF, penjaga gol muda berkenaan diberi kepercayaan untuk beraksi dalam 22 daripada 29 perlawanan pada musim 2023.


Christian Abad mungkin hadir sebagai penjaga gol ketiga Harimau Selatan namun jika prestasi pemain muda itu memberansangkan, pasti Hector Bidoglio sebagai jurulatih akan memberinya peluang untuk merebut posisi Syihan Hazmi selaku penjaga gol nombor satu JDT.


Sebelum ketibaan Christian Abad, Harimau Selatan sudah mengumumkan kemasukan Park Jun-heong sebagai pemain pertahanan baharu dan Enzo Lombardo yang sebelum ini berstatus ejen bebas disahkan sebagai pemain skuad Harimau Selatan pada Ahad. — Majoriti

15 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page