top of page
  • Writer's pictureEditor

JOHOR ISYTIHARKAN CUTI PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN JDT JUARAI PIALA FA 2023



Melalui satu kenyatan di laman facebook milik Onn Hafiz Ghazi merangkap Menteri Besar Johor mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya merangkul Piala FA 2023 menentang Kuala Lumpur City FC dengan jaringan gol 2 – 0, serta mempertahankan kejuaraan tahun lalu dengan penuh gaya.


Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor juga telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 23 Julai 2023, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala FA 2023, setelah mendapat titah dan perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.


Kemenangan Skuad Harimau Selatan ini merupakan piala kedua untuk tahun 2023, setelah memenangi Piala Sumbangsih awal tahun ini, serta Piala FA ketiga buat JDT, selepas tahun 2016 dan tahun 2022.

32 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page