top of page
  • Writer's pictureEditor

KALAU BETUL GAJI RM80K SEBULAN DAH LAMA SAYA PAKAI KERETA MEWAH


Penyerang sayap Selangor FC, Faisal Halim berkata dirinya pasti akan memiliki sebuah kenderaan mewah bernilai sekitar RM500,000 sehingga RM600,000 sekiranya dibayar gaji RM80,000 sebulan.


Kata-kata oleh Faisal Halim itu adalah untuk menafikan dirinya menerima pendapatan mewah sehingga mencecah RM80,000 sepertimana yang dikatakan sesetengah pihak.


“Pandai-pandai je,hahahahahah,80K saya dah pakai kereta 500k-600k dah,” tulis beliau ringkas di salah sebuah laman Facebook yang mendakwa dirinya dibayar gaji semewah itu.



Faisal dilamar oleh Selangor daripada Terengganu FC pada akhir musim lalu dan merupakan tonggak utama skuad The Red Giant pada musim ini.


Pendedahan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) baru-baru ini mengatakan ada sesetengah pemain tempatan di kelab lain dibayar dengan gaji sehingga RM80,000.


Kenyataan daripada TMJ itu bertujuan menempelak ‘suara sumbang’ yang mendakwa kejayaan Harimau Selatan mendominasi Liga Malaysia (Liga M) disebabkan kuasa wang atau gaji lumayan diterima pemainnya.


Malah menurut TMJ, JDT dikategorikan berada pada tahap kompetitif berbanding pasukan Liga Malaysia lain daripada segi pembayaran gaji. Ini berdasarkan fakta terdapat beberapa kelab lain yang berbelanja sehingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.


Malah, beliau mendedahkan ada tonggak tempatan dibayar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan bintang JDT iaitu Arif Aiman Hanapi hanya menerima gaji RM25,000 sebulan.


Walaupun TMJ tidak menamakan pemain dan kelab tersebut secara khusus, ramai di kalangan peminat mengandaikan Selangor menawarkan gaji lumayan untuk mendapatkan khidmat Faisal pada musim ini.


Dakwaan daripada segelintir peminat bola sepak tempatan bagaimanapun kini disangkal oleh tuan empunya badan sendiri. Sumber Info : Grandstandkita, Astro Arena, No Context Bola Malaysia

16 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page