top of page
Writer's pictureEditor

KDA: PEMAIN TERUS BOIKOT SESI LATIHAN SEJAK SELASA.


MASALAH kewangan dipercayai menjadi antara punca pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak turun berlatih sejak Selasa lalu.


Menurut sumber, hanya ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan staf kelab dilihat turun ke padang latihan, namun para pemain tidak kelihatan.


Perkara tersebut turut didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu hantaran di laman X baru-baru ini.



Difahamkan, pemain-pemain Kedah tidak menerima gaji mereka dan hanya menerima satu bulan setengah gaji sahaja daripada pihak pengurusan kelab.

Advertisements


“KDA FC KRITIKAL. Hari ini memasuki hari kedua pemain Kedah boikot latihan. Difahamkan sepanjang 2024, pemain hanya dibayar 1.5 bulan sahaja. Itu pun secara ansuran,” kongsi Fina di laman X.


Selain memboikot sesi latihan, Kedah dijangka bakal kehilangan beberapa pemain lagi disebabkan masalah gaji yang dihadapi.


“Selepas Habib & Fikri Che Soh, ramai lagi pemain bakal tinggalkan Kedah. Lebih parah, Kedah masih dalam transfer ban,” coret Fina di laman X.


Perkara ini agak membimbangkan penyokong Kedah yang baru sahaja kehilangan arkitek mereka Habib Haroon yang bertindak menamatkan kontrak lebih awal dan berhijrah ke Bahrain menyertai Sitra FC.


Sebelum ini, pemain Kedah seperti Irfan Zakaria telah bersuara mengenai masalah dalaman yang dihadapi dan beliau meluahkan rasa rindu terhadap gaji yang sudah lama tidak diterima.

9 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page