top of page
Writer's pictureEditor

KDA UMUM 30 BARISAN RAKAN PENAJA, NAMUN TIADA PENAJA UTAMA

SELEPAS beraksi menggunakan jersi pramusim selama tiga bulan aksi Liga Malaysia (Liga M), Kedah Darul Aman (KDA) FC akhirnya mengumumkan kit baharu bagi musim 2024/25.


Jersi yang tidak menampilkan penaja rasmi itu boleh dikatakan sesuatu yang agak baharu dalam arena bola sepak tanah air kerana perkara sedemikian jarang dilihat sebelum ini.

Foto Kedah Darul Aman FC

Begitupun, kit jersi yang dilancarkan di semua platform media KDA FC pada Jumaat itu menerima reaksi positif daripada penyokong setia mereka setelah menunggu sekian lama.


Bagaimanapun, bukan sahaja Sang Kenari namun terdapat beberapa kelab Liga M yang pernah berdepan situasi sama iaitu tiada nama penaja ditampilkan pada jersi tersebut.


Dalam pada itu, sebuah portal berita ( Majoriti ) telah menyenaraikan tiga kelab yang pernah berdepan situasi sama tersebut.



Jersi berkenaan mempunyai nombor siri digital yang tersendiri khas buat setiap pembeli.

1. Jersi istimewa Selangor 2021


Beberapa musim kebelakangan ini, Selangor FC sering menghasilkan 'third kit' yang amat istimewa dalam misi meningkatkan lagi mutu dan nilai komersial pasukan.


Namun, jersi paling sukar dilupakan sudah tentu yang dilancarkan pada 2021 dengan rekaan cukup ringkas bagi meraikan tahun ke-85 mereka sebagai kelab bola sepak tempatan.


Ini kerana jersi berkenaan mempunyai nombor siri digital yang tersendiri khas buat setiap pembeli dengan ia adalah satu inisiatif berbeza daripada skuad Gergasi Merah.

Lebih menarik lagi, pakaian tersebut tidak menampilkan sebarang penaja rasmi seperti kebiasaan meskipun pada waktu itu, Perbadanan Menteri Besar (MBI) merupakan penaja utama bagi jersi 'home' dan 'away'.


Sehingga kini, jersi 'third' 2021 terus diidam-idamkan penyokong skuad Gergasi Merah dan pengumpul jersi klasik kerana ia tidak lagi dihasilkan pasukan Lembah Klang itu.


Jersi Pahang yang 'simple' namun mempunyai butang.

2. Sri Pahang FC 2016


Sri Pahang FC pernah melancarkan jersi tanpa penaja utama pada pakaian kelab tersebut.


Pada musim 2016, penyokong Tok Gajah terkejut dengan jersi baharu yang diperkenalkan oleh kelab tersebut.


Menurut laporan, jersi Pahang yang 'simple' namun mempunyai butang dilihat tidak memiliki nama penaja meskipun terdapat dua sponsor besar ketika itu.


Jersi Pahang ketika itu mengekalkan warna kuning dan biru sebagai tema rasmi pakaian tersebut.



Pemilihan warna dan rekaan jelas membawa tuah buat pasukan kendalian Kurniawan Dwi Yulianto.

3. Sabah FC 2020


Sabah FC juga pernah mengumumkan jersi tanpa sebarang penaja rasmi empat musim lalu ketika mereka masih sebuah kelab yang kurang digeruni dalam Liga Super.

Warna putih dipilih sebagai tema buat jersi 'home', warna merah bagi jersi di tempat lawan sementara warna biru dikenakan bagi jersi 'third' bagi skuad Sang Badak.


Pendekatan itu diambil meskipun kelab Borneo itu memiliki penajaan daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dan bekas pemilik, Datuk Verdon Bahanda pada musim tersebut.


Namun, pemilihan warna dan rekaan jelas membawa tuah buat pasukan kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu yang kekal di divisyen teratas bola sepak tanah air.


Kedudukan ke-10 Liga Super pada musim berkenaan menyaksikan mereka terselamat daripada penyingkiran dengan beberapa nama seperti Park Tae-su dan Petrus Shitembi sempat mengenakan jersi tanpa jenama skuad Sang Badak itu. — Majoriti

7 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page