top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

KEDAH BANGKIT DARI KECEWA.




KEDAH BANGKIT DARI KECEWA.

Setelah beberapa perlawanan sebelum ini dilihat pasukan Kedah dilihat bergelut untuk mendapatkan 3 mata di tempat lawan. Semalam Kedah membuktikan kebangkitan kembali untuk mengejar semula carta liga setelah jatuh di tempat keempat di dalam saingan liga Super Malaysia.

.

Aksi pada perlawanan semalam dilihat agak perlahan di awal permainan. Pasukan Serawak United fc dilihat terlalu berhati-hati dan juga bertahan untuk perlawanan semalam. kebanyakkan serangan dari kedua dua pasukan dimulakan di bahagian sayap. Kedah membuka jaringan awal menerusi Mahmoud Al-Mardi menerusi rembatan deras setelah berlaku situasi kucar kacir di gawang Sarawak.

.

Namun begitu setelah bermula separuh masa kedua pasukan Serawak dilihat menukar beberapa corak permainan pantas dan serangan counter attack yang laju untuk mengasak kubu pasukan Kedah. Menerusi percubaan masuk beberapa kali pasukan Serawak akhirnya berjaya memecah kebuntuan untuk mendapatkan gol penyamaan pada minit 53 menerusi Uche Agba. Pasukan Kedah dilihat sukar untuk memasuki kubu pertahanan pasukan Serawak united yang mengekalkan corak bertahan.Penyerang pasukan Kedah Ronald Ngah Wanja dilihat sukar untuk mendapatkan bola dan lorongan untuk menghasilkan dari pasukan Kedah. Dengan bertubuh tegap Ngah Wanja mengunakkan keupayaan ketegapan badannya untuk membantuk Kedah menjaringkan gol kedua pada minit 75 melalui rembatan padu di dalam kotak penalti.

.

Saingan diteruskan lagi dengan bebrapa babak menarik dan juga pertukaran corak permainan dan juga pemain. Kedah menukarkan posisi Fayad dan juga Mahmoud Al-Mardi. melalui perubahan corak permainan ini Mahmoud Al Mardi berjaya menghasilkan gol cantik dari luar kotak penalti hingga melemaskan penjaga gawang Tauffiq Ar Rasyid Serawak United.

.

Saksikan soroton perlawanan yang berjaya kami rakamkan pada aksi perlawanan semalam.

.

( Photo by AIZATFADZIYA / TPS

.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page