Pemilik Kedah Darul Aman (KDA), Tan Sri Mohd Daud Bakar, mengesahkan sekiranya tiada penaja utama maka kemungkinan sukar buat pasukannya meneruskan saingan Liga Super 2024/2025.
Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, KDA memerlukan penajaan sebanyak 8 juta sehingga 10 juta semusim untuk bertahan sepanjang saingan liga musim ini.
Sebelum ini, dia mengumumkan bahawa penaja utama pasukan itu telah menarik diri hingga menyebabkan skuad kendalian Nafuzi Zain itu serba kekurangan dari aspek kelengkapan seperti jersi pasukan dan pengankutan pasukan.
Tambahan pula, sekiranya senario itu terus menjumpai jalan buntu maka KDN hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja dalam saingan liga kali ini.
“Saya minta pertolongan kepada semua pihak, kerajaan negeri, GLC, tidak ada pasukan bola sepak yang tidak disokong oleh kerajaan negeri” Sumber Stadium Astro
Comments