top of page

KELANTAN FC TAMATKAN KONTRAK 3 PEMAIN LEBIH AWAL

  • Writer: Editor
    Editor
  • Apr 17, 2023
  • 1 min read

KELANTAN FC membuat kejutan apabila bertindak melepaskan dua tonggak import meskipun saingan Liga Super baharu memasuki perlawanan kelapan musim ini.


Dua pemain import yang dimaksudkan itu ialah Cristian Rotini dan Carli De Murga.


Selain itu, penyerang tempatan Shafiq Shaharudin turut dilepaskan.


Kelantan FC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ketiga-tiga pemain itu telah menamatkan kontrak lebih awal menerusi persetujuan bersama.



"Semua obligasi yang melibatkan kedua-dua belah pihak juga telah disepakati.


"Pihak kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan oleh pemain-pemain tersebut. Selamat Maju Jaya," katanya.


Setakat ini barisan import yang masih kekal bersama Kelantan FC ialah Nuha Marong,


Mario Argues, Miguel Cifuantes, Ismail Akinade, Kim Ming Kyu, Kang Eui Chan dan Leonardo Rolon.


Sumber Info : Sinar Harian

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page