KELAYAKAN PIALA ASIA 2027 | KEDUA-DUA PASUKAN LAUNG KEYAKINAN.
- Editor
- Mar 24
- 1 min read

Pasukan Nepal bakal menjadi lawan pertama buat Harimau Malaya bagi merebut slot ke Arab Saudi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok jam 10 malam.

Bagi pengendali Nepal, Matt Ross, mereka bersedia mempamerkan persembahan terbaik untuk esok dan pasukannya berada di dalam motivasi yang cukup baik setelah berjaya memenangi perlawanan persahabatan sebelum ini bertemu Singapura.
Jurulatih itu juga tidak mahu memberikan ulasan lebih lanjut berkenaan beberapa pemain warisan baharu Malaysia dan yakin dengan 100% tonggak tempatan yang mereka miliki mampu berjuang habis-habisan demi lencana di dada.
Kem Malaysia yang di wakili oleh Matt Davies, menjelaskan bahawa persiapan Harimau Malaya berjalan lancar di bawah pengendali baru Peter Cklamovski.

"Kami telah belajar banyak ilmu, falsafah dan konsep baharu daripada barisan kejurulatihan
.
"Insya-Allah, kami kami akan berusaha dan akan mendapatkan keputusan yang positif serta memulakan kempen ini dengan langkah kanan," katanya ketika sidang media sebelum sepak mula esok.

Bagi Peter Cklamovski pula, beliau berterima kasih kepada TMJ kerana menyediakan fasiliti berkelas dunia kepada pasukan Harimau Malaya dan akan mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi memberikan kebanggan kepada rakyat Malaysia.
Faisal Halim mempamerkan semangat yang cukup tinggi dan mampu memberikan tonik tambahan kepada pasukan apabila dipanggil semula menyertai Harimau Malaya. Sementara itu Natxo Insa masih menjalani proses pemulihan dan mungkin diketepikan.
“Anda perlu tunggu hari esok,” maklum balas Peter Cklamovski apabila ditanya mengenai pemain warisan terbaharu Harimau Malaya.
Comments