KELAYAKAN PIALA ASIA: HARIMAU MALAYA BAHAM NEPAL DI SSI
- Editor
- Mar 26
- 1 min read

Harimau Malaya meraih tiga mata selepas menewaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F, pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.

Tugasan pertama buat Ketua Jurulatih Peter Cklamovski dan debut pemain warisan terbaharu Hector Alejandro Hevel tampak sebagai langkah kanan apabila membantu Malaysia untuk menewaskan Nepal dengan 2 jaringan tanpa balas.

Hector Hevel terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila berjaya mendapatkan gol sulung buat Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027 ini apabila melakukan satu tendangan leret sebelum terbias dan masuk pada minit ke-30 perlawanan.

Jurulatih Nepal, Matthew Ross tampak sukar di dalam permainan menyerang dan hanya menerapkan strategi bertahan selepas dua pemain beliau mendapat kad kuning awal pada separuh masa pertama.

Dua peluang terhidang pada separuh masa kedua. Dion Cools melakukan percubaan di dalam situasi sepakan percuma tetapi sedikit tinggi. Pada minit ke-60, larian kemas Arif Aiman dari sayap kiri dan berjaya melakukan “crossing” akan tetapi tandukan Romel Morales tepat ke tiang gol pelawat.
Set piece menarik dari pemain Harimau Malaya yang melibatkan 4 pemain berjaya menghasilkan gol kedua pasukan.

Corbin Ong mudah meletakkan bola ke dalam gawang apabila menerima lintangan dari Arif Aiman pada minit ke-70.
Dengan kemenangan ini, Malaysia berada di tangga kedua kumpulan F di belakang Vietnam yang menewaskan Laos dengan 5 jaringan.
Harimau Malaya bakal beraksi bertemu pendahulu kumpulan tersebut juga di tempat sendiri yang dijadualkan pada 10 Jun 2025 akan datang.
Comments