top of page
  • Writer's pictureEditor

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026: JORDAN TENGGELAMKAN SUARA PENYOKONG PALESTIN DI CHERAS


Naib juara Piala Asia 2023, Jordan, terpaksa bekerja keras sebelum menoktahkan kemenangan terhadap pasukan Palestin dalam perlawanan kedua Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan mengutip satu mata selepas seri bertemu lawan masing-masing, Korea Selatan dan Kuwait.

Aksi tersebut terlebih dahulu dimulakan dengan solidariti terhadap kemelut yang melanda di Gaza sebagai tanda menolak sekeras-kerasnya negara haram, Israel, daripada terus memberikan serangan kepada penduduk di situ.


Skuad kendalian Jamal Sellami membuka tirai jaringan pada minit kelima menerusi pemain sensasi, Yazan Al-Naimat, yang memperdayakan pertahanan Palestin sebelum melepaskan rembatan ke arah gawang.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Wessam Abouali menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah 1-1 apabila menanduk masuk bola menewaskan Yazeed Abulaila untuk menghidupkan peluang memberi cabaran keatas Jordan.

Yazan Al-Naimat sekali lagi menjadi watak penting apabila kembali meletakkan Jordan di hadapan selepas menyudahkan hantaran daripada bekas pemain Kedah Darul Aman, Mahmoud Al-Mardi.



Pemain terbaru Selangor, Ali Olwan, turut menjadi tumpuan susulan gerakan lincahnya banyak mengelirukan pasukan Palestin dan kerap melancarkan serangan berbahaya.

 

Noor Al-Rawabdeh memastikan Jordan pulang dengan tiga mata penuh tatkala rembatan kencangnya menewaskan penjaga gol Palestin sekali gus melenyapkan sorakan gemuruh penyokong kem Palestin sehingga wisel penamat.


0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page