top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Kemudahan JDT Bantu Harimau Malaya Raih Kejayaan


Sumber Foto : Johor Southern Tigers

Fasiliti latihan serba lengkap dan padang cukup sempurna di kem Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi antara penyumbang kepada kejayaan skuad Harimau Malaya meraih dua kemenangan pada perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Turkmenistan dan Hong Kong tempoh hari.


Sumber Foto : Johor Southern Tigers

Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menumpaskan Turkemenistan 4-2 sebelum membaham pula Hong Kong 2-0 kelmarin.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, kesudian pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi kebenaran menggunakan kemudahan yang terdapat di pasukan itu banyak membantu melicinkan persiapan skuad Harimau Malaya sepanjang tempoh perlawanan persahabatan itu.


Beliau berkata, menerusi kelengkapan kemudahan dan kecanggihan fasiliti dapat memberi pengalaman berharga buat skuad Harimau Malaya untuk tampil lebih menyakinkan pada perlawanan persahabatan.


Sumber Foto : Johor Southern Tigers

"Apa yang boleh saya katakan, kita kena akui kemudahan merangkumi pusat latihan di JDT cukup canggih seperti terdapat di kelab gergasi bola sepak dunia.

"Malah, keadaan padang di SSI yang boleh dikatakan sempurna membantu skuad Harimau Malaya beraksi dengan baik sekali gus mencipta keputusan positif.


"FAM berterima kasih kepada TMJ yang memberi kebenaran menggunakan kemudahan di JDT dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya tampil lebih bersedia," katanya, ketika ditemui Arena Metro.


Mengikut rekod, Skuad Harimau Malaya, memutuskan untuk menjalani kem latihan pusat dan beraksi di Johor ketika jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Tier 1 pada bulan ini.


Pan-gon turut tersenyum apabila anak buahnya meraih kemenangan selepas buat kali pertama menjalani latihan pusat di luar Kuala Lumpur hasil daripada bantuan TMJ.

20 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page