top of page
  • Writer's pictureEditor

KERETA SAFIQ RAHIM JADI MANGSA SAMSENG JALANAN


Kereta pemain bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim telah diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.05 minit malam semalam berlaku sebaik sahaja Safiq selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT.


Berita ini dikongsikan sendiri oleh pemain tengah Harimau Selatan itu yang memuat naik satu hantaran di laman Instagram menceritakan tentang kejadian yang berlaku tersebut.



Safiq terlejut dan tidak menyangka dirinya menjadi mangsa serangan terbaharu dalam kalangan pemain bola sepak. Safiq juga sempat meninggalkan pesan kepada para pemain bola sepak yang lain untuk terus berhati-hati dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.


“Tak sangka saya pula diserang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga, tulis Safiq.


Kejadian itu telah mengakibatkan cermin kereta belakang Honda City Hatchback milik pemain berusia 36 tahun pecah. Safiq mengatakan bahawa suspek secara tiba-tiba datang kearah kereta yang dipandunya dan salah seorang daripada mereka mengeluarkan tukul besi lalu mengetuk cermin kereta belakang.


Safiq menyatakan bahawa terdapat dua orang lelaki yang bermotosikal meluru kearahnya dan terus bertindak menyerang kereta yang sedang dipandu.


Dalam laporan polis yang telah dibuat, pemain berusia 36 tahun itu melaporkan bahawa penjenayah tersebut sempat menunjukkan senjata yang digunakan iaitu tukul besi kearahnya sebaik sahaja beliau memberhentikan kereta.




0 views0 comments

Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
bottom of page