top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

KIM PAN-GON OPTIMIS, NAMUN TETAP BERWASPADA BERHADAPAN DENGAN KEPULAUAN SOLOMON

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-Gon menuntut anak buahnya bekerja lebih keras selain bijak memanfaatkan peluang terhidang berdepan Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada malam esok.

Jelas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, beliau turut menggesa pemainnya agar lebih fokus setiap saat bagi mengelak daripada 'dijerat' skuad kendalian, Felipe Vega Arango yang pasti hadir untuk memburu kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa itu.


Bagaimanapun jurulatih berusia 54 tahun itu melahirkan sedikit nada kegusaran berdepan skuad itu kerana beliau masih belum membuat keputusan muktamad siapa yang bakal memikul tugasan di jentera serangan selepas penyerang tulennya, Shahrel Fikri Mohd Fauzi mengalami kecederaan.


Namun Pan-gon optimis pemain yang bakal diturunkan nanti mampu memperagakan aksi terbaik dan bertenaga untuk meneruskan momentum kemenangan selepas berdepan Turkmenistan dan Hong Kong sebelum ini biarpun lawannya berada pada ranking yang lebih baik iaitu di kedudukan ke-134 dunia berbanding skuad Harimau Malaya ke-138.


"Perlawanan pertama persahabatan pada kali ini berdepan Kepulauan Solomon, masa latihan agak terhad iaitu hanya tiga hari sahaja, apapun latihan berjalan dengan lancar dan saya harap kami dapat berikan yang terbaik.


"Keseluruhan pemain kami berada dalam keadaan cergas dan baik, namun ada dua pemain yang mengalami kecederaan dan perlu kami perhatikan.


"Pada masa sama kami juga masih mencari untuk mengisi posisi penyerang kerana masalah kecederaan yang dialami pemain itu (Shahrel Fikri), namun ia bagus juga kerana dapat mencuba beberapa muka baharu. Mungkin kita akan mencuba senjata baharu. Apapun tunggu malam esok," jelas Pan-gon ketika ditemui pada sidang media di Kuala Nerus, tadi.


Mengulas mengenai perkembangan terkini pemainnya, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana percaya dengan pemain yang berada dalam senarai skuad pada kali ini.


"Berkenaan dengan pemain, saya tiada komen kerana mereka sentiasa memberikan sepenuhnya untuk negara, selepas ini kita berdepan pusingan Piala Asia di Qatar dan semua lawan kita adalah pasukan yang kuat.


"Justeru kami mesti bersedia dengan baik dan bermain dengan bijak. Jika mereka boleh terjemahkan apa yang dirancang, saya cukup berpuas hati.


"Kami akan cuba berikan yang terbaik. Setiap perlawanan kami mahukan kemenangan dan kami juga mahukan persembahan yang terbaik untuk peminat. Bermain di laman sendiri seperti bermain di kubu sendiri, jadi pasukan mana pun yang datang kami mahu menang," katanya.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page