top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

KL City FC Cipta Sejarah Layak Ke Semi Final Inter Zone Piala AFC 2022.



KL City FC Cipta Sejarah Layak Ke Semi Final Inter Zone Piala AFC 2022.

( Artikel by Duan Muslim / TPS)

The City Boys berjaya mencipta kemenangan bergaya apabila mudah menewaskan kelab dari Indonesia PSS Makassar dengan menjaringkan keseluruhan lima gol pada perlawanan yang diadakan di Stadium Cheras Kuala Lumpur.

Pemain Import mereka dari Colombia, Romel Morales terlebih dahulu mencipta jaringan lada minit ke-33 apabila melakukan satu separa volley yang cukup padu untuk menewaskan Reza Pratama di posisi Penjaga Gol Makassar.

Jordan Mintah berjaya mendapatkan gol kedua KL City pada minit terakhir separuh masa bagi memastikan tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, Skuad bimbingan Bojan Hodak terus mengganas apabila dihadiahkan sepakan penalti dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Ketua Pasukan mereka Paulo Josue.

PSM Makassar berjaya merapatkan jurang jaringan dengan dua gol berturut-turut. Yakub Sayuri dan juga pemain tengah mereka, Akbar Tanjung masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-58 dan juga minit ke-63 permainan.

Pesta Gol pada perlawanan pada malam tersebut diteruskan apabila Paulo Josue sekali lagi mencipta jaringan pada minit ke-85 sebelum Hadin Azman menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-94 sekaligus memberikan kegembiraan kepada hampir 3000 penyokong setia KL City FC yang hadir memberikan sokongan.

TAHNIAH Kuala Lumpur City FC!!

( Photo by Faiz Junaidi / TPS)

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page