top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Kogileswaran Muncul Pemain Malaysia Pertama Beraksi Dalam Kancah Piala FA Korea


Pemain sayap skuad kebangsaan, Kogileswaran Raj mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam kancah bola sepak kalah mati, Piala FA Korea.


Sejarah itu hadir apabila pemain berusia 24 tahun ini disenaraikan oleh ketua jurulatih Chungbuk Cheongju FC, Choi Yun-kyum untuk bermula dalam kesebelasan utama sebagai sayap kiri menentang Jungnang Chorus Mustang FC, semalam.


Dalam perlawanan tersebut, pemain yang turut dikenali dengan nama panggilan Kogi sempat beraksi sekitar 60 minit permainan dengan menampilkan persembahan yang agak baik sebelum ditukarkan pada babak kedua.


Sebelum Kogi ditukarkan, kelabnya sempat mendahului 2-0 hasil sebelum menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan 3-0 ke atas kelab dari divisyen empat Liga Korea itu.


Kemenangan itu juga membolehkan Kogi dan rakan sepasukannya melangkah ke peringkat berikutnya iaitu Pusingan 3 bertemu kelab dari divisyen pertama, Gangwon FC pada 12 April.


Untuk makluman, ini juga merupakan debut Kogi bersama Chungbuk Cheongju dalam perlawanan kompetitif sejak menyertai kelab terbabit pada awal Januari lalu dengan kontrak selama setahun.

3 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page