top of page
  • Writer's pictureEditor

KRONOLOGI KEJADIAN SIMBAH ASID TERHADAPA FAISAL HALIM


Cerita lengkap mengenai tragedi simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akhirnya terjawab.


Pemain berusia 26 tahun itu mengalami detik hitam apabila beliau disimbah cecair yang dipercayai asid oleh individu yang tidak dikenali.


Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Shah Alam dan telah menjalani dua pembedahan.


Harian Metro telah mengeluarkan kronologi lengkap mengenai kejadian yang menimpa tonggak penting Harimau Malaya itu.

Semuanya bermula apabila Faisal Halim bersama isteri dan anak serta dua orang rakannya keluar ke sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada petang kelmarin.


Beliau pergi untuk membuat bayaran parkir dan berjalan berseorangan ke arah keretanya yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu masuk pusat beli-belah tersebut.


Anak jati Pulau Pinang itu kemudiannya membuka pintu kereta pelbagai guna Toyota Vellfire dan duduk di tempat pemandu.


Beliau didatangi oleh dua individu yang menunggang motosikal lalu menghampiri kenderaannya.


Penunggang motosikal itu menegur Faisal dan kemudiannya mengucapkan selamat maju jaya ‘gooluck’ sebelum menyimbah asid ke arahnya.


Faisal mengerang kesakitan sebelum dua orang dakan dan isterinya datang untuk memberikan bantuan.


Keadaan ini menyebabkan beliau menderita kelecuran tahap empat dan perlu menjalani beberapa siri pemebedahan selepas ini.

6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page