top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Kuala Lumpur Sekadar Berkongsi Mata

Penyerang gantian Giovane Gomes menafikan hasrat KL City untuk mencatat kemenangan pada aksi pembukaan Liga Super musim ini apabila jaringannya lima minit sebelum tamat membantu Penang FC seri 2-2 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.


Selepas masuk menggantikan rakan senegara dari Brazil, Adriano pada minit ke-80, Gomes menggunakan kesempatan sebaik mungkin apabila dia menanduk masuk hantaran silang Farish Shah Rosli dari sebelah kanan sekali gus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Kevin Mendoza dari dalam kotak penalti.

Lebih mengujakan Penang FC, yang menghuni tangga tercorot Liga Super musim lalu tetapi masih kekal beraksi musim ini berikutan penstrukturan semula Liga Malaysia, beraksi dengan 10 pemain bagi baki 30 minit perlawanan apabila pemainnya A Namathevan dibuang padang pada minit ke-58 selepas dilayangkan kad kuning kedua.


Kapten Kuala Lumpur, Paulo Josue yang baru mendapat kerakyatan Malaysia bagaikan sudah memastikan tiga mata buat anak buah Bojan Hodak dengan dua gol pada setiap babak tetapi pemangku jurulatih Penang, Chong Yee Fatt mempunyai idea tersendiri untuk menafikan tuan rumah daripada meraih tiga mata.


Kedudukan Penuh Perlawanan, KUALA LUMPUR CITY FC 2 : 2 PENANG FC

Gol-gol dijaringkan oleh

Paul Josue 14' Paul Jouse 71' H. Azman 73' G. Gomes 85' (Photo by ABUHANIFAH / TPS)




7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page