top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Latihan Intensiti Tinggi Jadikan JDT 'The Next Level'



DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, perlu ada keseimbangan bagi menilai seseorang pemain di antara minit permainan dan kualiti yang dimiliki.

Titah baginda Tunku, teknologi dan intensiti di dalam latihan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pemain seperti mana diterapkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selama ini.


Kredit Foto johorsoutherntigers.com.my

Esteban Solari turut mengakui bahawa intensiti latihan di JDT sangat membantu dalam meningkatkan prestasi para pemain. Ketika beliau ditanya mengenai potensi pemainnya untuk meledak, beliau menjelaskan bahawa setiap posisi di JDT mampu menyumbang kepada jaringan.


“Kita mahu pemain-pemain JDT ini berada pada satu tahap terbaik. Seperti yang anda tahu, intensiti latihan kami banyak mendorong mereka untuk memberi sesuatu yang lebih ketika beraksi,” ujar Esteban ketika sidang media pasca perlawanan.

Perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sesi temubual di JDTTV untuk menjawab persoalan tentang minit permainan bagi seorang pemain sebelum layak mewakil negara, menurut baginda kualiti pemain yang dipanggil dalam skuad kebangsaan dan menjelaskan pemain JDT sedia diturunkan pada bila-bila masa kerana sudah melalui latihan dengan berintensiti yang tinggi dan sentiasa mengekalkan konsistensi.



"Dulu lagi saya katakan betul minit permainan mustahak bukan tidak mustahak tapi kena pula tengok latihan dan persiapan kelab juga mustahak. Ia merumuskan teknologi dan intensiti dalam latihan serta kualiti terhadap pemain itu sendiri yang mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan bersama kelab


"Jika hendak betul-betul mahu bercakap soal minit, kenapa tidak ambil semua pemain Kuching City FC ataupun PDRM. Mereka semuanya ada minit permainan. Jadi kalau hendak bercakap soal minit sahaja, bagi saya tidak masuk akal kerana sepatutnya perlu ada penilaian yang lebih adil berkenaan bukan sahaja minit tetapi juga kualiti yang ada pada pemain itu.


"Tengok sendiri Akhyar Rashid pun tidak mempunyai minit permainan yang banyak dengan JDT, tetapi bila masuk dia memberikan sumbangan yang begitu hebat kepada Harimau Malaya. Ini kerana kami sudah biasa bermain dengan sistem yang ada untuk beberapa tahun.


"Jadi bagi saya kalau jurulatih yang bijak dia harus ambil kesempatan ini untuk menggunakan sistem yang ada di JDT serta teknologi dan latihan di JDT dan terapkan pada pasukan kebangsaan kerana mereka ini sudah bermain bersama begitu lama dan tahu bagaimana sistem yang perlu dimainkan," katanya dalam satu temubual yang disiarkan JDTTV.


"Bukan sahaja minit yang mustahak. Kalau nak minit, pemain Penang semua bermain 90 minit kenapa tidak ambil pemain Penang wakil skuad kebangsaan. Jadi kalau anda mahukan kualiti, pemain JDT ada kualiti tersebut dan dengan latihan yang mereka terima, mereka bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk beraksi," ujur baginda. Sumber Artikel : Semuanya Bola, Berita Harian, JDTTV



159 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page