Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal di pendahulu Liga Super Malaysia selepas menumpaskan Perak dengan kemenangan besar 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi. Dua kali tertangguh, pertemuan Perak FC menentang JDT FC ini akhirnya dimenangi dengan penuh bergaya pasukan pelawat dengan 5 gol tanpa balas.
Bermain di gelanggang interim, pasukan tuan rumah bermula dengan amat baik apabila berupaya menyerap serangan JDT pada 20 minit awal permainan.
Romel Morales terlebih dahulu membuka jaringan buat Harimau Selatan apabila menghukum kesilapan yang dilakukan oleh Ramadhan Ab Hamid yang gagal menangkap kemas sepakan yang dilakukan Ariff Aiman sebelum bola bergolek dihadapan Morales untuk ditolak mudah ke dalam gawang.
Selang 2 minit selepas itu, Bergson Da Silva membuktikan ketajaman yang ada dikakinya apabila melakukan satu sepakan yang agak kencang dari luar kotak penalti yang nyata tidak mampu dihalang oleh Penjaga Gol Perak pada malam ini.
Pasukan pelawat terus mengganas dengan gol ketiga pada minit ke-35 apabila pemain Naturalisasi negara, Romel Morales sekali lagi meletakkan nama sebagai penjaring dengan melakukan satu tapping mudah di hadapan gawang. Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, hampir memberi sinar buat The Bos Gaurus apabila kekasaran yang dilakukan pertahanan muda, Feroz Baharudin, dalam kotak penalti seakan menggembirakan penyokong Perak, namun VAR menafikan insiden tersebut.
Sebaliknya VAR menghadiahkan sepakan penalti buat skuad kendalian Hector Bidoglia, selepas VAR mengesan kekasaran dilakukan pertahanan Perak FC, Jesper Nyholm ke atas Bergson yang disudahkan oleh Bergson untuk jaringan ke empat JDT. Memasuki separuh masa kedua, JDT dilihat mengendurkan sedikit intensiti perlawanan.
Pada minit ke-84, situasi tegang berlaku apabila melibatkan pergaduhan di antara bintang negara, Arif Aiman Hanapi, dan Tommy Mawat Bada yang berkesudahan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning.
Bergson berjaya menemui hatriknya pada minit ke 90, sekali gus menutup aksi dengan kemenangan bergaya 5-0.
Comments