top of page
Writer's pictureEditor

LIGA SUPER : FANDI PASRAH REKOD TANPA KALAH LEBUR DI TANGAN JDT


Fandi Ahmad pasrah dengan kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menyaksikan rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah lebur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.


Bekas pemain legenda Singapura itu berkata, pasukannya tewas kepada pasukan terbaik dalam saingan liga namun tetap berpuas hati dengan komitmen setiap pemainnya.



Katanya, gol di minit akhir babak pertama, membuat pemainnya terkedu tatkala mahukan keputusan seri bagi menamatkan 45 minit pertama.


"Ia menjatuhkan semangat pemain tapi saya tetap gembira dengan kesungguhan mereka memandang kami turun bermain tanpa tiga tonggak utama, Azam (Azih), Sergio (Aguero) dan Lucas (Silva) yang mengalami kecederaan.


"Saya juga tidak dapat turunkan Syazwan (Andik), Ahmad Tarmizi (Roslan) dan Azrif (Nasrulhaq) kerana mereka pemain pinjaman dari JDT.


"Memang saya mengarahkan pemain untuk kompak di posisi tengah kerana kita tahu JDT dibarisi pemain tengah yang baik dan kerap bermain secara bola umpanan pendek untuk menyusun gerakan serangan dan perancangan itu berkesan apabila pemain JDT agak sukar melepasi pemain tengah kita," katanya


Fandi juga menegaskan strategi yang dirancang adalah untuk tidak memberi ruang buat Arif Aiman Hanapi bergerak bebas di posisi sayap kanan dan ianya berhasil apabila kelicikan Pemain Paling Bernilai (MVP) itu berjaya disekat.


Katanya, perancangan awal untuk menentang JDT membentuk formasi 3-4-3 tapi terpaksa mengubah kepada formasi 5-4-1 selepas barisan pemain skuad Harimau Selatan itu begitu rakus mengawal permainan. Sumber Info Harian Metro

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page