top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Liga Super : Giliran Kedah Jadi Mangsa Amukan JDT


Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Super 2023 apabila skuad Harimau Selatan mencatat lapan kemenangan berturut-turut dalam saingan liga selepas menundukkan pasukan Kedah Darul Aman hari ini.

Kesempurnaan permainan bolasepak yang dipamerkan oleh Harimau Selatan nyata tidak dapat disaingi oleh Sang Kenari apabila tewas mudah, 6 jaringan tanpa balas.


Separuh masa pertama, Skuad Nafuzi Zain tampak berdisiplin mengekang kemaraan pemain JDT apabila hanya membenarkan satu gol sahaja dibolosi apabila Fernando Forestieri berjaya menyempurnakan satu situasa dari sepakan penjuru.



Pada separuh masa kedua, Esteban Solari seolah-olah kurang berpuashati dengan corak yang dipamerkan pemain beliau. Afiq Fazail dimasukkan bagi memperkuatkan barisan tengah.


Tiga gol dalam dalam masa 5 minit nyata memberikan titik penamat buat Kedah DA FC. Feroz Baharuddin, Oscar Arribas dan penalti oleh Bergson Da Silva telah memberikan pengusaan penuh buat Johor Darul Ta’zim.

JDT hampir menambah jaringan ketika permainan memasuki minit ke-69 tetapi sepakan penalti Fernando Forestieri dibatalkan kerana beliau cuba untuk melakukan ‘set piece’ seperti yang pernah dilakukan oleh Barcelona pada satu ketika dahulu.

Keputusan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali itu kerana melihatkan Arif Aiman yang masuk ke dalam kawasan penalti sebelum Forestieri mengambil sepakan.


Kekecewaan tersebut bagaimanapun ditebus Arif Aiman pada minit ke-76 selepas beliau mudah menolak masuk bola susulan ‘cutback’ dilakukan Syahmi Safari, sebelum Leandro Velazquez melengkapkan pesta gol di Iskandar Puteri pada minit ke-86.



Kelebihan enam gol tanpa balas itu kekal hingga tamat permainan untuk meneruskan rekod cemerlang JDT yang sudah menjaringkan 36 gol dan hanya bolos sekali dalam kempen Liga Super setakat ini dan pastinya satu hadiah kegembiraan buat hampir 13’722 penyokong setia JDT yang membanjiri stadium pada malam ini.


Pasukan JDT akan meneruskan aksi saingan Piala FA bertemu PDRM pada Jumaat, 14 April 2023 sementara skuad Sang Kenari pula meneruskan kempen Liga Super, melayan kunjungan pasukan KL City pada Selasa, 17 April kelak.


16 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page