top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: GOL SEO SEONUNG PASTIKAN PERAK RAIH TIGA MATA BERHARGA


Kredit Foto Perak FC

Perak FC meraih kemenangan ketiga dalam saingan Liga Super musim ini apabila menewaskan Kucing City FC 2-1 dalam aksi di Stadium Negeri Sarawak sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan Perak kekal di tangga ke-11 liga dengan 13 mata, enam mata di belakang pasukan di tangga ke-10, Penang FC, sambil Kuching City pula terus bergelut di tangga kedua terbawah liga dengan enam mata.



Ketua pasukan, Luciano Guaycochea, terlebih dahulu meletakkan The Bos Gaurus di depan seawal minit ke-13 apabila menanduk masuk bola daripada lintangan Shafizi Iqmal Khirudin.


Bagaimanapun, Kuching City kembali bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-32 dengan Abu Kamara memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang Perak, yang penjaga golnya, T. Shaheeswaran, gagal menangkap kemas bola percubaan awal Yuki Tanigawa.


Ketika kedua-dua pasukan itu kelihatan akan berkongsi mata, Seonung, yang baru pulih daripada kecederaan, menjadi wira The Bos Gaurus apabila menyumbat masuk gol kemenangan pasukannya pada minit ke-80.


Untuk rekod, ia merupakan kemenangan pertama ketua jurulatih, Yusri Che Lah, selepas mengambil alih Perak daripada Lim Teong Kim pada Mei lalu. Sumber Artikel Stadium Astro

10 views0 comments

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page