top of page
Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: HARIMAU KUMBANG JADI MANGSA PERANGKAP PENALTI JDT


JOHOR Darul Takzim (JDT) berjaya mendahului dengan Penang FC 2-0 dalam aksi separuh masa pertama perlawanan Liga Super yang berlangsung Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Khamis.


Jorge Obregon Rojas mengucapkan “Selamat Datang” Liga Super Malaysia apabila berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu Harimau Selatan menang ke atas Penang FC dengan jaringan lima jaringan tanpa balas.


4 pemain import baharu diturunkan oleh jurulatih itu yang sama sekali agak menyukarkan corak permainan tuan rumah pada awal permainan.


Namun begitu, Oscar Arribas berjaya menembusi jaring gol lawan seawal minit ketiga perlawanan apabila tendangan nya gagal dibaca oleh Sikh Izhan.


Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyusun strategi ampuh apabila meletakkan hampir sebahagian besar pemainnya untuk bertahan nyata berjaya menghalang pemain tuan rumah dari melakukan serangan berbahaya.


4 minit sebelum separuh masa pertama tamat, Jorge Obregon berjaya mencetak gol sulung buat dirinya di dalam Liga Malaysia apabila menyudahkan hantaran rakan sepasukan dengan satu sepakan leret yang tidak terjangkau oleh Penjaga Gol Penang.


Kelicikan Ariff Aiman melakukan larian dari sebelah kanan untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum bola singgah di kaki Obregon dan diterjemahkan dengan jaringan ketiga buat Harimau Selatan.


Bergson Da Silva yang masuk menggantikan Juan Muniz menambah derita pelawat dengan jaringan menerusi penalti pada minit ke-65.


Arif Aiman Hanapi melengkapkan pesta jaringan buat Tuan Rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan apabila pengadil menghadiahkan sepakan itu setelah merujuk Video Assistant Referee (VAR).

0 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page