top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

LIGA SUPER:HATRIK BERGSON DAN KONTROVERSI VAR BANTU JDT ATASI TFC


Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan dalam saingan minggu keenam Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.


Keputusan Video Assistant Referral (VAR) pada minit ke-32 perlawanan nyata menyentap semangat melawan pasukan Terengganu pada pertemuan pada malam ini.



Pada minit ke-32 itu, Pengadil Fitri Maskon telah menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT apabila Muhammad Ubaidullah melakukan kekasaran terhadap Bergson Da Silva. Kontrovesi terjadi apabila Pengadil VAR, Usaid Jamal memberikan isyarat supaya pengadil melihat VAR apabila terdapat kemungkinan kekasaran keterlaluan yang boleh menyebabkan pemain TFC itu dikenakan kad merah.

Bergson Da Silva tidak menghadapi masalah untuk meletakkan bola ke dalam gawang gol untuk gol kedua tuan rumah pada perlawanan tersebut.



Sebelum itu penyerang sensasi Harimau Selatan, Heberty Fernandes hanya memerlukan 6 minit sahaja untuk meletakkan pasukannya di hadapan apabila melakukan satu tendakan lencong kaki kiri untuk menewaskan Syed Nasrulhaq.


Pada minit ke-64, Bergson Da Silva sekali lagi membuktikan kredebiliti dan ketajaman yang ada pada dirinya apabila melakukan satu tandukan kencang setelah menerima hantaran kaki kiri dari Juan Muniz Gallego untuk gol ketiga Harimau Selatan.



Ketiadaan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan juga Saffuan Mazlan serta kontrovesi kad merah itu nyata memberikan persembahan yang serba sukar dan tidak menjadi buat anak buah Tomislav Steinbruckner yang tampak gagal menjelmakan sebarang serangan pada malam ini.


Kemusnahan buat pasukan pelawat ditambah derita oleh Bergson Da Silva apabila meledak Hatriknya pada penghujung tambahan masa perlawanan. Beliau menyudahkan hantaran kaki kiri oleh Murilo Henrique dengan satu tandukan yang terkena tiang sebelum menyudahkan untuk gol keempat Harimau Selatan.


Dengan kemenangan ini, Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah untuk Liga Super 24/25 ini sekaligus mengumpul 18 mata penuh untuk kekal berada di keudukan teratas liga.

Bagi TFC pula, ianya merupakan kekalahan pertama mereka pada musim ini selepas mengumpul 8 mata dengan dua kemenangan serta dua seri pada perlawanan liga sebelum ini.

15 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page