top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: NEGERI SEMBILAN MANGSA PERTAMA JDT


Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadikan Negeri Sembilan sebagai mangsa pertama mereka musim ini apabila meraih kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.

 

Bergson da Silva muncul wira Harimau Selatan menerusi dua jaringannya, sambil kapten JDT, Jordi Amat, turut menemui sasaran dalam babak berikutnya, sekali gus menjadikan gol tunggal Hein Htet Aung buat Negeri Sembilan sekadar sagu hati.

Bergson meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-12 dengan percubaan dari luar kota penalti sebelum pemain dari Brazil itu menggandakan jaringannya berselang lima minit dengan voli jarak jauh susulan hantaran Juan Muniz.


Bagaimanapun, Htet Aung kemudian mencipta kejutan apabila memanfaatkan kesilapan komunikasi di antara Syihan Hazmi Mohamed dan barisan pertahanan JDT untuk mengecilkan jurang buat pelawat pada minit ke-28.

Kapten JDT, Jordi Amat, kemudian kembali memberikan lebih keselesaan buat tuan rumah dalam babak kedua, di mana dia menanduk masuk bola ke gawang lawan susulan satu gerakan set-piece daripada sepakan penjuru Juan Muniz pada minit ke-71.


Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan kedua buat JDT musim ini selepas diberikan kemenangan percuma berikutan Selangor menarik diri daripada Perlawanan Sumbangsih di SSI minggu lalu.

7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page