top of page

LIGA SUPER: JDT JULANG KEJUARAAN LIGA SUPER KALI KE-11 BERTURUT-TURUT

  • Writer: Editor
    Editor
  • Feb 24
  • 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) secara rasminya sah bergelar juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.



Anak buah Hector Bidoglio kerap mengancam kubu pertahanan The Bos Gaurus dalam separuh masa pertama dengan beberapa percubaan bahaya, namun disiplin benteng pertahanan Perak menafikan setiap peluang yang terhidang.



Begitupun, umpanan yang dilakukan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-45 membuahkan hasil selepas gerakannya melepasi Tommy Mawat dan bola hantarannya itu disempurnakan oleh Jese Rodríguez untuk meletakkan Harimau Selatan mendahului sekali gus menutup babak pertama dengan mendahului 1-0.


Babak kedua menyaksikan JDT semakin agresif mengatur serangan, namun ketangkasan Haziq Nadzli kerap menafikan percubaan demi percubaan yang dilakukan jentera serangan pasukan tuan rumah.



Begitupun, kesilapan pertahanan Perak menghukum anak buah Yusri Che Lah untuk menghadiahkan sepakan penalti buat JDT, dengan Obregon tenang menggandakan jaringan untuk pasukannya selesa mendahului 2-0 pada minit ke-64.


Keputusan itu kekal hingga 90 minit perlawanan dengan kemenangan itu memastikan JDT meneruskan dominasi dalam saingan liga untuk merangkul gelaran juara Liga Super 2024/25 lebih awal.


JDT menduduki takhta liga dengan 58 mata selepas 20 perlawanan dengan telah mencipta 19 kali menang, satu seri dan masih belum tanpa tewas. Sumber Artikel Stadium Astro

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia and sportsrepvblic.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page