top of page

LIGA SUPER: JDT SEDIA BERMAIN BUNGA API LAGI, KEJUARAAN KE-11 BERTURUT-TURUT

  • Writer: Editor
    Editor
  • Feb 24
  • 1 min read

Pasukan paling terkuat Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), di ambang pesta bunga api apabila hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut.


Dominasi kekal itu menyaksikan skuad Harimau Selatan tiada tandingan dan selayaknya menerima pengiktirafan tertinggi selaku pasukan terbaik negara yang meraih pelbagai pencapaian domestik.



Bermain di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sudah tentu pasukan bimbingan Hector Bidoglio akan melancarkan serangan tanpa henti untuk mencari jaringan kemenangan ke atas Perak malam ini.


Peminat tempatan bersedia meraikan kejayaan tersebut diselangi kemeriahan sambutan yang bakal diadakan kemudian. Sumber Artikel Stadium Astro

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia and sportsrepvblic.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page