top of page
Writer's pictureEditor

LIGA SUPER : JOHOR DARUL TA'ZIM KEKALKAN REKOD TANPA KALAH


Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan pusingan pertama liga dengan rekod sempurna apabila memenangi semua 13 perlawanan berturut-turut diharungi mereka.


Kemenangan 2-0 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, sebentar tadi membolehkan skuad bimbingan Esteban Solari itu mencipta rekod tersendiri apabila menghimpun 39 mata maksimum.


Lebih mengagumkan, mereka sudah meledak 51 gol dan hanya dibolosi satu gol untuk membuka jurang 11 mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Selangor FC.


Pemain JDT, Ariff Aiman (tengah) ketika melepasi kawalan pemain Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - NSTP/Mikail Ong


Meskipun dilihat gagal 'menang besar' selepas membelasah lawan sama dengan keputusan 5-0, tiga mata diraih pada malam ini amat penting untuk terus merapatkan mereka dengan gelaran liga kali kesepuluh berturut turut.


Pada aksi terbabit, skuad Harimau Selatan terpaksa menunggu sehingga minit ke-18 untuk membuka jaringan menerusi penyudah La Vere Corbin Ong.


JDT yang enggan sekadar menang tipis berjaya menggandakan kelebihan menerusi jaringan Fernando Forestieri lima minit sebelum tamat permainan.

Ini adalah jaringan ke-14 yang dihasilkan penyerang import JDT itu dalam saingan Liga Super setakat ini. Sumber Artikel : Berita Harian

5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page