top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Liga Super : Jordan Mintah Wira TFC


Terengganu FC (TFC) meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Kuching City FC (KCFC) 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, sebentar tadi.


Dua jaringan penyerang, Jordan Mintah memastikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner naik satu anak tangga di kedudukan kelima liga dengan mengutip 13 mata hasil lapan perlawanan manakala skuad KCFC kendalian Irfan Bakti Abu Salim kekal di tangga ke-12 dengan empat mata.


Pengendali Terengganu FC Tomislav Steinbruckner menurunkan barisan terbaik mereka dalam perlawanan malam ini dengan menurunkan pemain-pemain yang hampir sama ketika menentang Kelantan FC minggu lalu.


Pada minit ke-18, TFC dihadiahkan sepakan penalti selepas Muhammad Azam Azmi Murad dikasari Aylton Ferreira namun tuan rumah gagal menyempurnakannya setelah tendangan Habib Haroon Saeed sekadar hanya singgah di tiang gol pasukan pelawat.


Pasukan Sang Penyu sekali lagi membuat serangan dari sebelah kanan dan berjaya menghasilkan jaringan pertama pada minit ke 22" hasil daripada Jordan Mintah, yang menyudahkan lorongan cantik daripada Adisak Kraisorn.


Pasukan TFC hampir menambah jaringan gol kedua tetapi sayang rembatan kencang Ivan Mamut terkena tiang gol pasukan Kuching City FC.


Keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Bersambung separuh masa kedua pasukan TFC membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan Mohd Faiz Mohd Nasir dan memasukan Muhammad Syafik Ismail.


Pasukan tuan rumah berjaya menambah jaringan gol kedua hasil jaringan Jordan Mintah pada minit ke52" hasil hantaran jauh daripada Habib Haroon Saeed.


Perlawanan dilihat agak seimbang diantara kedua-dua pasukan yang saling membuat serangan ke kubu lawan masing-masing tetapi gagal untuk menjaringkan gol.


Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page