top of page
  • Writer's pictureEditor

Liga Super: Lira Gembirakan Penyokong Kedah


KDA FC cuba menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk cuba mendominasi permainan sebaliknya pasukan Harimau Kumbang tampak lebih mengancam pada minit-minit awal permainan menerusi gandingan Hassan Saad, Andriano Narcizo serta Nik Akfif Nik Mat.



Kedah tampak agak buntu untuk memecahkan 2 lapisan bertahan (2 bank of 4) pasukan Penang FC yang diketuai oleh Ousmane Fane di bahagian bawah.


Kedah mempunyai banyak gerakan di bahagian depan tetapi kurang kreatif untuk memecahkan "compactness block" yang dicetuskan oleh pertahanan lawan di defensive third.


Penang menurunkan intensiti permainan mereka pada lewat babak separuh masa pertama dan membolehkan Kedah mendominasi permainan namun gagal mendapatkan jaringan.


Aksi separuh masa yang kedua bermula dengan Kedah mengenakan intensiti yang tinggi dalam memburu gol untuk mengutip 3 mata berharga setelah seri ketika berkunjung ke Darul Makmur tempohari.


Penang FC mengendurkan ancaman mereka mungkin atas faktor keletihan dan memberikan Kedah banyak ruang untuk bergerak di segenap pelusuk padang dan seterusnya mendominasi permainan.


Penang bertahan di blok rendah dalam strategi mereka untuk melakukan "counter attack" dalam usaha mereka untuk menghasilkan jaringan.


Dan ternyata plan itu berjaya tetapi mereka agak bermasalah dari aspek "final pass" menyebabkan Andriano dan juga Hassan Saad tampak "frustated" kerana kurang menerima hantaran.

Pada minit ke 53' separuh masa yang kedua, pemain gantian Wan Amirul Afiq dilayangkan kad merah mengakibatkan Kedah terpaksa bermain dengan 10 pemain.


Walaupun begitu, Skuad Sang Kenari langsung tidak terkesan dan tampak lebih dominan dan selesa dengan penguasaan bola bagi meneruskan ancaman ke gawang Skuad Harimau Kumbang.


Pada minit ke 63' Willian Lira yang menjadi kecaman segelintir penyokong Kedah menggembirakan penyokong tuan rumah dengan gol tunggal perlawanan . Tersentak, skuad Harimau Kumbang cuba bangkit memburu gol penyamaan. Tetapi mereka bernasib baik apabila percubaan jarak jauh Jonathan Balotelli pada minit ke-84 tidak mengenai sasaran.


Di sebalik cubaan Penang memburu gol penyamaan, Kedah mempertahankan kemenangan 1-0 sehingga wisel penamat. Dengan kemenangan ini, Kenari memintas Selangor ke tangga kedua liga dengan 16 mata. Manakala Penang pula jatuh ke tangga ke-10 dengan lima mata.


Selepas ini, Kedah bakal turun ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menentang Johor Darul Ta’zim pada Ahad ini. Manakala Manzoor pasti berharap anak-anak buahnya dapat menjadikan PDRM sebagai sasaran lepas geram pada hari yang sama.

13 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page