top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

LIGA SUPER: PENUTUP YANG GEMILANG, SEPULUH YANG CEMERLANG, SATU DEKAD TAK TERULANG.


Malam penutup yang begitu gemilang buat pasukan Johor Darul Ta'zim apabila di nobatkan secara rasmi sebagai Juara Liga Super 2023 selepas menewaskan Penang FC , 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi. Tiada jawapan yang dapat diberikan oleh barisan kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli apabila tewas dengan lapan jaringan tanpa balas.


Nyata taktikal “Parking Ferry” gagal di adaptasi oleh pemain dan tampak ianya terus karam di Darul Ta’zim.



MVP Liga Malaysia 2021,2022 Arif Aiman Hanapi memperagakan aksi memukau selepas mencatat 4 gol pada perlawanan tersebut. Kelajuan, kelincahan dan keberanian yang ada pada dirinya nyata sukar dihalang oleh pasukan pelawat.


Bergson Da Silva juga membuktikan ketajaman yang ada pada dirinya apabila berjaya menyumbat 2 gol untuk melengkapkan 21 jaringan sepanjang Liga Super 2023 ini.



Akhyar Rashid, Heberty Fernandez masing-masing menyumbang satu gol untuk melengkapkan malam dominasi sedekad Liga Super Malaysia yang penuh gemilang ini.

Secara keseluruhan Johor Darul Ta’zim berjaya menjaringkan 100 gol sepanjang Liga Super 2023 ini.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page