top of page

LIGA SUPER: SANG PENYU BERPESTA GOL DI TEMERLOH

  • Writer: Editor
    Editor
  • Feb 28
  • 1 min read

TERENGGANU FC kembali mendapat rentak kemenangan apabila selesa menewaskan Sri Pahang FC dengan keputusan 5-1 di Stadium Temerloh, Pahang pada Khamis.



Selepas diikat Kuching City FC 2-2, Sang Penyu pastinya berharap dapat mengakhiri penantian dua perlawanan tanpa kemenangan.


Babak pertama menyaksikan skuad Peteh terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Akhyar Rashid.

Foto Kredit Terengganu FC
Foto Kredit Terengganu FC

Akhyar tidak berdepan masalah melepaskan rembatan padu yang menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin.

Foto Kredit Terengganu FC
Foto Kredit Terengganu FC

Giliran kapten pasukan, Safawi Rasid pula merobek pintu gawang Tok Gajah apabila melepaskan satu rembatan tepat ke penjuru atas gawang tuan rumah 17 minit kemudian.


Tuan rumah terus ditimpa malang apabila bek tengah Serbia, Aleksandar Cvetkovic diarah keluar padang pada minit ke-27.

Foto Kredit Terengganu FC
Foto Kredit Terengganu FC

Terengganu menambah gol melalui Safwan Mazlan pada minit ke-28 selepas bola muntah terlepas dari tangan Zarif Irfan.


Penyerang Tok Gajah, Sergio Aguero merapatkan jurang buat Sri Pahang pada minit ke-39.


Meskipun cuba dihalang penjaga gol Peteh, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, Aguero memastikan Sri Pahang ketinggalan 3-1 sehingga rehat.


Babak kedua menyaksikan Fandi memasukkan Ibrahim Manusi dan David Rowley untuk mengubah momentum perlawanan kepada Tok Gajah. Namun, usaha itu gagal.


Sebaliknya, Ismaheel Akinade menambah gol keempat Terengganu pada minit ke-59. 

Pemain tengah Filipina, Manuel Ott melengkapkan malam gemilang Peteh dengan gol kelima pada minit ke-89.


Keputusan itu menyaksikan Terengganu terus mengejar Sabah FC di tangga ketiga dengan 31 mata. — Majoriti

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page