top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: SANG SAKA BIRU IKAT JDT DI LEMBAH KLANG


PDRM berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 di Stadium Selayang dalam perlawanan minggu ketujuh saingan Liga Super 2024/2025, sebentar tadi.


PDRM memperoleh jaringan sulung selepas Muhammad Shahrel Fikri mencetak gol pertama buat skuad Sang Saka Biru pada minit ke-22.



Gol tersebut sekali gus membuatkan jurulatih JDT, Hector Bidoglio menukar dua pemainnya dan memasukkan Muhamad Feroz dan Oscar Pasero Arribas.


Hasil pertukaran itu, Arribas berjaya meledak gol pertama JDT dengan bantuan Mohd Afiq Faizal pada minit ke-32 sekali gus menyamakan kedudukan 1-1. Keputusan kekal hingga tamat separuh masa pertama.


Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan jentera serangan dalam separuh masa kedua untuk merobek gawang skuad kendalian P. Maniam tetapi corak pertahanan yang kemas menyukar sebarang penambahan jaringan.


Begitupun, beberapa percubaan daripada kedua-dua tidak berjaya dinoktahkan untuk keputusan seri kekal hingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.



Kedudukan itu menyebabkan pasukan kendalian Hector Bidoglio terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dan kekal sebagai pendahulu liga di kedudukan pertama dengan mengumpul 19 mata. Sumber Artikel Stadium Astro, Majoriti

5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page