top of page
Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: SELANGOR FC HAMPIRI IMPIAN KE SAINGAN PIALA AFC


Selangor semakin menghampiri impian untuk melayakan diri ke saingan Piala AFC apabila anak buah Tan Cheng Hoe hari ini mengutip tiga lagi mata penuh selepas berjaya mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Perak.

 


Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi, The Red Giants membuka tirai jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi tandukan Sharul Nazeem Zulpakar.


Jurang itu kemudianya dilebarkan Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-33 dengan menyempurnakan lorongan Ayrol del Valle sebelum kedua-dua pasukan ke bilik persalinan.


Bersambung babak kedua Selangor, terus mengasak ke kubu Perak dengan mencipta beberapa peluang menjaringkan gol.


Ia nyata berhasil apabila rembatan deras Yohandry Orozco pantas menerjah gawang Perak buat kali ke-3 pada minit ke-73 untuk kedudukan 3-0.


Ayron Del Valley kemudianya tidak mensia-siakan peluang untuk meletakkan namanya selaku penjaring apabila merobek jaring Perak tujuh minit kemudian untuk meletakkan Selangor selesa dengan 4-0.


Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat untuk memastikan selangor mengutip tiga mata penuh dalam aksi kali ini.


Dengan kemenangan ini Selangor kini mengumpul 55 mata dan berada dikedudukan kedua dibelakang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim dengan 70 mata.

The Red Giants juga kini berkelebihan lima mata di depan Kedah Darul Aman yang menduduki tangga ketiga.


Selepas ini, anak-anak buah Tan Cheng Hoe akan bertandang ke Alor Setar untuk berdepan dengan Kedah sebelum melayani kunjungan PDRM pada 17 Disember depan dalam baki dua perlawanan bagi musim ini. Sumber Artikel Stadium Astro

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page