top of page
Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: SELANGOR FC KEMPUNAN TIGA MATA DI LAMAN SENDIRI


Hasrat Selangor untuk mendapatkan kemenangan dalam aksi Liga Super ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.


Selangor mempamerkan kesebelasan utama yang berbeza apabila ketua jurulatih, Nidzam Jamil, menurunkan tiga pertahanan tengah iaitu Mohammad Abualnadi, Umar Eshmurodov dan Sharul Nazeem sementara Aliff Izwan Yuslan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronnie Fernandez bagi mengetuai serangan Selangor.

Selangor terlebih dahulu menguji benteng akhir JDT apabila Ali Olwan berjaya melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol Syihan Hazmi Mohamed.


Di sebalik permulaan itu, JDT seperti biasa menguasai permainan dengan lebih tenang sebelum mendahului permainan menerusi tandukan Romel Morales pada minit ke-29.



Penguasaan permainan terus menjadi intipati permainan JDT sebelum berjaya menggandakan jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-43 apabila mudah menampan masuk hantaran Arif Aiman Md Hanapi.



Kemasukan Alvin Fortes dan Safuwan Baharudin menjadi perancangan yang ditetapkan Nidzam untuk berusaha mengejar permainan dalam separuh masa kedua.


Bagaimanapun, JDT berjaya mengawal ketat pergerakan jentera serangan Selangor sementara memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson pada minit ke-54.

Tiada jaringan tambahan yang berjaya terhasil sehingga tamat perlawanan sekaligus memberikan kemenangan kedua buat JDT ke atas Selangor musim ini. Sumber Artikel Stadium Astro

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page