top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: SELANGOR GAGAL CARI KEMENANGAN KE ATAS 10 PEMAIN SRI PAHANG


Rentak kemenangan Selangor kembali tersentak apabila diikat 1-1 dengan Sri Pahang dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Temerloh sebentar tadi.



45 minit pertama menyaksikan Selangor berjaya mendahului seawal minit ketiga menerusi gol yang disempurnakan oleh Alvin Fortes.

Skuad kendalian Fandi Ahmad bagaimanapun berjaya memastikan perlawanan kembali seimbang apabila Stefano Brundo menyamakan kedudukan pada minit ke-43.


Bersambung babak kedua, Sri Pahang mahu bermula garang dengan beberapa serangan berjaya dibuat ke arah barisan pertahanan Gergasi Merah.


Namun serangan itu hanya bertahan 15 minit sebelum pemain import, Mykola Ahapov dilayangkan kad merah susulan terjahan keras ke atas Yohandry Orozco.

Melihat kebuntuan barisan Selangor, jurulatih Gergasi Merah membuat beberapa pertukaran namun idea itu dilihat tidak mendatangkan hasil.


Tempo permainan juga dilihat semakin menurun selepas kedua-dua pasukan hanya bermain di kawasan tengah dan gagal melakukan sebarang percubaan berbahaya.

Dengan keputusan seri kedua-dua pasukan ia sekali gus meneruskan badi Selangor di Darul Makmur selepas beberapa musim gagal mengutip tiga mata. Sumber Artikel Stadium Astro, Majoriti




6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page