top of page
Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

LIGA SUPER : SETENGAH DOZEN GOL, BEKAL HADIAH BUAT SANG KENARI


Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan besar menewaskan Kedah Darul Aman 6-0 dalam saingan minggu kelapan Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.


Pemain Import kelahiran Brazil, Bergson Da Silva menjadi 'Hatrik Hero' buat pasukannya apabila menjadi ejen pemusnah utama pada perlawanan malam ini.



Bergson memperagakan ketajaman yang ada pada beliau dengan membuka jaringan pertama seawall minit ke-8 dengan memperdayakan hampir 4 orang pemain pasukan awan sebelum meledak satu tendangan bak peluru yang nyata gagal dibaca oleh Kalamullah Al Hafiz. Bergson menambah koleksi golnya dengan jaringan pada minit ke-36 dan 64.


Nafuzi Zain seakan sedar kepincangan yang berlaku pada pasukan Kedah DA FC pada malam ini, pantas melakukan beberapa pertukaran bagi memperkuatkan pasukannya untuk mengimbangi perlawanan.



Barisan pemain tuan rumah terus mengganas dengan Feroz Baharuddin menjaringkan gol keempat buat JDT pada minit ke-74 sebelum Murilo meledak 2 minit selepas itu itu gol kelima Harimau Selatan.



Seorang lagi pemain 'Anak Jati' Johor, Afiq Fazail seakan mengajar pemain pelawat bagaimana bermain bolasepak dengan menyudahkan bola yang terkena tiang dengan tandukan mudah untuk melengkapkan setengah dozen gol sebagai hadiah kepada Sang Kenari untuk dibawa pulang ke Darul Aman.


Johor Darul Ta'zim FC mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu ditangga teratas liga dengan rekod tanpa kalah dan mengumpul 22 mata.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page