top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER : SI KIJANG HIJAU JADI “RENDANG” SANG HARIMAU SELATAN


Tirai Liga Super 2023 kembali disingkap pada malam ini setelah berehat hampir 2 minggu untuk memberi laluan kepada Pasukan Harimau Malaya U23 yang bermain di Sukan Sea 2023.


Jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari nyata cukup bersedia bagi perlawanan pada malam ini.



Memberi kepercayaan kepada Syihan Hazmi bagi tugasan menjaga gawang serta Jordi Amat memakai lilitan Ketua Pasukan.


3 serangkai Fernando Forestieri, Ariff Aiman serta Bergson Da Silva bakal bergandingan di bahagian serangan bagi mencari gol buat Tuan Rumah.


Skuad yang dikendalikan oleh Nazrulerwan Makmor selaku jurulatih sementara nyata bukan tandingan buat Johor Darul Ta’zim.


Pada separuh masa pertama tampak Kelantan United berjaya mengimbangi serangan yang dilakukan oleh anak buah Esteban Solari yang hanya berjaya menjaringkan dua gol walaupun serangan datang dari pelbagai arah.


Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri, masing-masing berjaya mendapatkan satu gol pada minit ke-8 dan juga minit ke-22 hasil daripada assist dari pemain Naturalisasi negara iaitu Endrik Dos Santos.


Pada awal babak separuh masa kedua, ketangkasan yang dipamerkan oleh Penjaga Gol Kelantan United, Ahmad Asyraaf Omar berjaya menghalang beberapa percubaan JDT.


Sedar akan kekurangan dan kelemahan serangan, JDT terus memperkemaskan serangan mereka untuk cuba menjarakkan kedudukan, hasilnya mereka berjaya menambah gol.


Penalti serta satu”chip” yang disempurnakan oleh Bergson Da Silva pada minit ke61 dan ke-69. Giliran Leandro Velazquez pula hadir pada minit ke-76 bagi menyempurnakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil Ahmad Zuhadi Dzulkifli.


Fernando Forestieri melengkapkan “Kenduri Gol” pasukan Harimau Selatan dengan menjaringkan gol keenam pasukan pada minit ke-90+2 yang nyata memberikan kepuasan buat “10’833” penyokong setia yang hadir ke Stadium Ibrahim Sultan,Iskandar Puteri.

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page